Jauhari Cottage ialah sebuah “homestay” yang istimewa terletak di dalam kebun Jambu & Durian yang berkeluasan 3 ekar. Tetamu boleh berjalan-jalam sehingga ke dalam kawasan kebun yang dipenuhi kehijuan pokok-pokok jambu, durian dan pelbagai tanaman-tanaman lain. Terdapat juga gazebo di tengah-tengah kebun ini bagi membolehkan tetamu untuk bersantai-santai menikmati alam sekitar yang kehijaun dan penuh damai.
Jauhari Cottage dipenuhi dengan hasil seni dari Galeri JAUHARI, berupa lukisan bermotifkan cat minyak, seni kaligrafi metal dan dilengkapi dengan 4 bilik tidur & 3 bilik mandi.
Terdapat sebuah kolam renang berkeluasan 20 kaki x 10 kaki & berkedalaman 4 kaki dan juga BBQ Garden di bahagian hadapan.
Kolam 20 kaki x 10 kaki x 4 kaki dalam sudah pasti memberi keriangan sepenuhnya kepada seluruh keluarga
Lokasi
Jauhari Cottage terletak di tengah Bandar Segamat iaitu di belakang Masjid Jamek Bandar Segamat. Walaupun di tengah bandar, suasana di Jauhari Cottage adalah tenang & sunyi kerana dikelilingi oleh kebun & suasana yang mendamaikan.
Untuk itu, tetamu di Jauhari Cottage akan dapat pakej yang sempurna berupa tempat rehat yang mendamaikan tetapi dekat juga dengan segala kemudahan disekelilingnya.
ALAMAT RASMI
JAUHARI COTTAGE (WAZE : Jauhari Cottage) 6-14 Kampung Kuari, Jalan Buluh Kasap Segamat, Johor, Malaysia